Thursday, September 1, 2016

SMK Serian: viral pengetua sekolah melarang pelajar memakai kalung lambang salib.

Tindakan seorang pengetua mendapat kecaman dari orang ramai khususnya SARAWAK, kerana beliau dikatakan tidak membenarkan pelajarnya dari memakai kalung yang bersalib.
Kecoh di media sosial mengenai perkara ini.
Di daerah serian, sesungguhnya kenyataan sebegini tidak ingin didengar kerana majoriti penduduk di serian adalah beragama Kristian.
Dalam pada itu, seorang dari pengguna media sosial meluahkan rasa sedihnya mengenai larangannya menjadi viral.
Difahamkan pengetua terbabit berkata "daripada kamu memakai salib, lebih baik kamu mrmakai salib yang terpacak di kubur". 
Kenyataan tersebut seolah-olah mengharapkan kematian bagi si pengguna.


Kes ini lebih panas apabila mengetahui yang pengetua sekolah itu berasal dari semenanjung Malaysia.
Yang membuatkan penduduk rasa seperti kenyataannya disengajakan.
Diharapkan pihak tertentu dapat menyelesaikan masalah ini kerana di Sarawak, jika masyarakat Serian terasa, sampai ke Limbang juga terasa.
Juga diharapkan pengetua tersebut tampil membuat kenyataan mengenai perkara ini.
Sarawak, peace no war.
I LOVE SARAWAK